Search

Sesi Badminton (Siri 2) - 23 September 2021
<...

  • Share this:

Sesi Badminton (Siri 2) - 23 September 2021

Semalam saya agak kepenatan. Penat sangat. Program bersambung-sambung dari awal pagi.

Tapi hati memang tak sabar nak turun ke gelanggang badminton kali kedua. Anak helang tak boleh rehat lama2 sangat. Kepak kena digerakkan selalu. Helang kena terbang di udara tinggi bukan di atas pokok atau pun atas tanah. Banyak 'helang' di kalangan manusia tidak mahu terbang tinggi.

Saya sampai di rumah sekitar jam 645 petang. Badan terlalu letih. Permainan akan bermula pukul 8 malam. Ada masa berehat lagi. Terus letak kepala terus lelap. Lelap selelapnya. Jam 7.30 malam terus terjaga. Badan semakin letih. Bergegas siapkan diri untuk solat Maghrib.

Aah....dah lewat. Perut pun kosong. Badan letih. Selepas solat, terus makan sesuap dua nasi goreng baki sarapan pagi tadi.

Kalau nak ikut hati, nak batal je niat nak turun ke gelanggang. Nak berehat. Di sini ada konflik antara suara hati dan suara badan. Saya buat tak tahu je suara badan. Saya ikut suara hati. Saya terus siapkan diri. Pakaian. Stokin. Kasut sukan. Bekalan air kosong. Sebiji pisang.

Bila sampai di gelanggang sekitar jam 8.25 malam, saya terus memanaskan badan. Jam 840 malam, terus bermain set pertama saya. Dalam set kedua, saya pair dengan Prof. Dr. Asyraf Hashim. Jarang malah tak pernah kami bermain dalam satu pasukan. Seronok bermain dengan pemain yang dekat dengan umur saya. Kami adalah pemain yang paling berumur. Paling tua.

Alhamdulillah, saya sempat bermain 4 set permainan. Best sangat. Dah dapat sikit2 form & stamina. Sambil kami berehat2, sempat berbincang tentang cubaan bermain takraw pula minggu depan di samping acara badminton. Tak sabar nak bertakraw pula.

Terima kasih kepada semua rakan2 seperjuangan mencari jati diri: minda & badan yang ingin menang.

"Kalau nak menang, tak cukup dengan minda yang menang (winning mind) tetapi juga otot dan organ badan yang kuat dan ingin menang" (petikan dari buku novel saya Covid 25).

MDB


Tags:

About author
not provided
Pengerusi Eksekutif Amanie Group, Presiden IIUM ke 8, Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara
View all posts